Isnin, 18 Mei 2009

Masalah bonggol telah selesai.

Alhamdulillah JKKK Kampung Sungai Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPK, YB Teng dan semua AJK JKKK yang bertungkus lumus selama ini memohon bonggol yang sekian lama diminta.


Walaupun pada awalnya kehadiran bonggol ini diberi tentangan oleh segelintir individu yang mementingkan diri sendiri, akhirnya bonggol yang menjadi isu selama ini telah memberi manfaat.

Bonggol ini telah dibina pada 14 Mei 2009 dan telah menjadi isu besar apabila lebih dari 5 kemalangan telah berlaku di bonggol baru kerana pengguna jalan keretapi lama tidak perasan tentang pembinaannya.

Siak surau Haji Ali melaporkan tentang kemalangan yang baru sahaja berlaku dibonggol baru kepada ketua kampung.

Sepatutnya bonggol ini diletakkan papan amaran supaya pengguna jalan raya dapat berhati-hati. Lebih merunsingkan pembinaan bonggol ini menjadi tidak puas hati kepada belia rempit yang tidak dapat menjalankan aktiviti mereka berlumba di jalan tersebut seterusnya mereka telah menyerbu kediaman ketua kampung Sungai Pinang Bandar sebagai protes kehadiran bonggol tersebut.

Insiden ini akhirnya dapat dikawal dengan kebijaksanaan Encik Hamdan selaku ketua kampung mengawal keadaan supaya menjadi tidak serius.

JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar juga telah melakukan kawalan menjaga 2 bonggol baru di kampung tersebut sehingga awal pagi untuk menghindari dari perkara yang tidak diingini.

Tindakan cepat Belia JKKK mengawal 2 bonggol yang baru dibina untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan bersedia dengan khabar angin bonggol ini akan disabotaj oleh individu yang tidak berpuas hati.

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Insyallah dengan kerjasama semua secara ikhlas kerana Allah akan diberi ganjaran dan pertolongan dari Allah S.W.T

Ketua Kampung Encik Hamdan dan Ketua Platon Rela, Encik Jainal bersengkang mata sehingga awal jam 6.00 pagi menjaga keselamata di bonggol baru.

Terima Kasih.
Setiausaha JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar.

Selasa, 12 Mei 2009

Prgram Kembara Mencari Sinar (LZS)

12 Mei, Satu program yang telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama JKKK Kampung Sungai Pinang Bandar telah diadakan pada hari ini. Program yang dinamakan Kembara Mencari Sinar ini adalah bertujuan bagi menghulurkan bantuan kepada ahli 5 ahli keluarga yang dibanci oleh para amil JKKK Sungai Pinang Bandar.

Turut hadir adalah Pengarah Lembaga Zakat Selangor Daerah Klang, Tuan Haji Bakir Ketua PKR Bahagian Kapar dan ADUN Meru Dr. Rani.

Ketibaan para pegawai dan VIP di Masjid Raudhatul Mukminin Sungai Pinang Bandar.
Dr. Rani menghulurkan sumbangan.
Ketua Kampung Sungai Pinang Bandar, Encik Hamdan Bin Haji Yusof terharu dengan pemberian dari LZS ini.
Bersama pegawai dari LZS dan amil JKKK.

Sungai Pinang Blog merakamkan jutaan terima kasih kepada Biro Kebajikan, Saudara Abdul Rahman dan Encik Jainal diatas keprihatinan mereka dan penat lelah membuat bancian dan menguruskan sumbangan ini.

sungaipinangklang.blogspot.com

Khamis, 7 Mei 2009

S.P.I.E.S Anak Selangor

1 Mei 2009 telah berlangsung satu program pengenalan tentang pembangunan S.P.I.E.S yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Tempat : Dewan Rantau Panjang
Kehadiran : Penghulu Mukim Rantau Panjang, Ketua Kampung mukim Rantau Panjang, belia dan belaiwanis mukim Rantau Panjang.
Penceramah : Yang Berbahagia Dr. Rodziah, seketeriat Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.


Penceramah jemputan Dr. Rodziah

Penghulu bersama ketua-ketua kampung.

Peserta khusyuk mendengar taklimat.

Program ini lebih menanamkan sikap jati diri dan keluhuran hati setiap rakyat Selangor.

sungaipinang.