Ahad, 19 Oktober 2008

Jamuan Hari Raya Kampung Sungai Pinang

Sungai Pinang, 20 Oktober - JKKK Sungai Pinang Bandar dengan kerjasama AJK Masjid Raudhatul Mukminin telah menganjuran Jamuan Hari Raya peringkat kampung. Jamuan hari raya yan diadaan secara serentak dengan tiga kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Rantau Panjang dan juga Kampung Batu 3.

Jamuan ini telah diadakan di perkarangan masjid Raudhatul Mukminin dengan meriah dan pengunjung yang tiba bermula dari pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang. Ketua kampung Encik Hamdan Bin Haji Yusof berkata, majlis ini adalah pertama kali diadakan oleh AJK JKKK yang baru, jadi segala kelemahan semasa majlis diadakan adalah kekurangan dari diri kami sendiri. Tetapi kami beranggan majlis ini tetap meriah walaupun pada asalnya kami mempunyai masalah kewangan yang tidak mencukupi.

Turut hadir di majlis jamuan hari raya ini adalah Y.B Encik Teng Chang Kim, Adun Sungai Pinang, tuan haji Abdul Rahman ketua penerangan PKR bahagian Kapar, tuan haji Bakir ketua PKR bahagian Kapar dan juga Penghulu Mukim Rantau Panjang tuan haji Roslan.

Sungaipinang.blogspot.com

Khamis, 16 Oktober 2008

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat bagi Calon SPM & STPM

Sungai Pinang, 16 Oktober - Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Pinang hari ini telah menganjurkan satu program Majlis Bacaan Yassin Solat Hajat bagi calon SPM & STPM di Masjid Raudhatul Mukminin.

Majlis yang sederhana tetapi meriah ini dihadiri oleh penduduk kampung, pelajar Maahad Tahfiz Hafiz dan juga pelajar Maahad Darul Ulum Blossom. Majlis ini diakhiri dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fuad seorang penceramah motivasi.

Ketua Kampung Encik Hamdan Bin Haji Yusoh berkata, pihak JKKK akan terus menganjurkan program yang berbentuk ilmiah khusus bagi pembangunan modal insan khususnya penduduk kampung Sungai Pinang Bandar sendiri.

Sungai Pinang.

Ahad, 28 September 2008

Sumbangan Warga Emas Sungai Pinang

Sungai Pinang 27 Sept - Warga emas Sungai Pinang pada hari ini beruntung apabila 30 penduduk veteran disini telah diraikan oleh Speaker kerajaan negeri Selangor merangkap ADUN Sungai Pinang YB Teng Chang Kim.

Sumbangan berupa hamper ini telah diserahkan sendiri oleh YB Teng di dewan Masjid Raudhatul Mukminin Sungai Pinang Bandar. Majlis yang dihadiri juga oleh Ketua Kampung Sungai Pinang Bandar, Encik Hamdan Bin Haji Yusof, Nazir Masjid Tuan Haji Hamdan in Zakaria serta Imam Masjid Tuan Haji Ustaz Musanif.

Didalam ucapan beliau, YB Teng menegaskan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap permasalahan rakyat dan pendapatan hasil kerajaan hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan adil dan saksama.

Ahad, 21 September 2008

Masalah curi motor.

Sungai Pinang, 21 Sep - Peguam yang dikenali ramai terutamanya di Klang, Encik Gerard Lazarus hari ini telah bersama-sama hadir bagi mesyuarat bersama ahli majlis Majlis Perbandaran Klang telah menyatakan dan menasihati orang ramai tentang gejala kumpulan mencuri motor dan pergaulan bebas remaja dibawah umur.

Beliau menyatakan sekarang ini jenayah mencuri motor telah berleluasa di sekitar Klang dan pihak polis sekarang telah menjalankan operasi besar-besaran. Kompaun yang di kenakan terhadap kesalahan jenayah ini akan didenda tidak kurang RM3000 dan penjara. Masalah ini timbul apabila keluarga remaja yang terbabit adalah tergolong dari kalangan yang kurang kemampuan untuk menyediakan denda.

Lagi satu masalah berkaitan pergaulan bebas dikalangan remaja bawah umur. Andaikata remaja yang tidak terbabit berkawan bersama remaja yang terbabit, apabila ditangkap, maka pihak pihak polis akan membabit sekali didalam satu kumpulan.

Beliau menasihati ibu bapa supaya dapat mengawasi tindak tanduk anak remaja kerana perkara ini akan menjadi serius jika kita tidak membendungnya.

Khamis, 18 September 2008

Ceramah Nuzul Quran dan Majlis Berbuka Puasa Surau Abdullah Fakeh

Sungai Pinang, 17 Sep - Ajk Surau Haji Abdullah Fakeh Sungai Pinang Klang hari ini telah mengadakan satu ceramah umum dan juga majlis berbuka puasa. Ceramah yang bermula pada pukul 5.45 petang telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi, dari Majlis Agama Islam Selangor apabila telah menggantikan penceramah asal Ustaz Alwi Parman apabila tidak dapat hadir di saat-saat akhir.

Kehadiran dianggarkan seramai 200 tetamu telah memeriahkan majlis tersebut dan juga julung-julung kali diadakan selepas 28 tahun surau tersebut beroperasi.

Majlis kemudian bersambung dengan solat terawikh beramai-ramai.

Ahad, 14 September 2008

Sumbangan anak-anak Yatim

Sungai Pinang 14 Sept - Masjid Raudhatul Mukminin Sungai Pinang semalam telah memberi sumbangan berupa cek kepada anak-anak yatim yang berada di seluruh Sungai Pinang. Cek tersebut telah disampaikan oleh Imam masjid, Yang Berbahagia Ustaz Sianib.

Sumbangan tersebut telah dihadiri oleh nazir masjid dan juga ketua kampung. Seramai 12 orang anak yatim telah diberi cek adalah hasil sumbangan setahun orang yang bermurah hati ke tabung masjid.

Nazir masjid, tuan haji Adnan berkata, derma orang ramai akan di asingkan didalam satu tabung khas bagi tabung anak yatim, apabila cukup setahun mereka akan mendermakan kepada anak yatim.

Solat Hajat di Masjid Raudhatul Mukminin

Sungai Pinang, 11 Sept - JKKK Sungai Pinang telah menganjurkan program yang pertama sempena perlantikan ketua kampung baru dengan mengadakan satu program solat hajat.

Solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Ustaz Hassan selaku imam masjid Raudhatul Mukminin. Solat hajat itu diniatkan dengan memohon kepada Allah S.W.T minta bencan alam dijauhkan.

Solat hajat dilakukan selepas solat Isya' sebelum menunaikan solat sunat tarawikh.

Bencana Ribut di Sungai Pinang





Sungai Pinang, 1 Sept 2008 - Menjelang 1 ramadhan kampung Sungai Pinang telah dilanda ribut banjir. ini adalah satu ujian yang kecil dari Allah S.W.T kepada hambaNya menguji tahap kesabaran dan keimana seseorang.

Tanpa mengira apa jua keadaan, ketua kampung Sungai Pinang telah melawat kawasan yang dilanda ribut banjir dan juga memantau kemusnahan rumah kediaman penduduk kampung.

Anggaran rumah yang musnah lebih dari 10 buah rumah. Ketua kampung bersama setiausaha telah bertungkus lumus memantau jumlah kerosakan yang berlaku.

Y.B Teng telah menghulurkan bantuan kilat kepada mangsa bencana.

Sumbangan Surau oleh Y.B Teng



Sungai Pinang Blog - Sabtu, ADUN Sungai Pinang Y.B Teng telah menyerahkan sumbangan moreh untuk setiap surau di bawah DUN Sungai Pinang telah dilakukan dengan sederhana tetapi agak meriah. Bertempat di Markaz Pas Sungai Saim, Y.B Teng telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM450 kepada wakil setiap surau.
Bendahari surau Hj. Abdullah Fakeh, Haji Said berkata, ini adalah pertama kali sumbangan diterima dari wakil rakyat yang mana sebelum ini tidak pernah dilakukan.
Turut hadir semasa majlis tersebut adalah ketua kampung Sungai Pinang, Rantau Panjang dan Batu 3.

Watikah Perlantikan Ketua Kampung Baru

Sungai Pinang Blog mengucapkan tahniah kepada ketua kampung Sungai Pinang yang baru Encik Hamdan Bin Haji Yusof diatas perlantikan beliau sebagai ketua kampung berkuatkuasa pada 1 september 2008.

Beliau juga telah memulakan tugas ketua kampung dengan mengambil alih pejabat JKKK yang terletak di dewan Sunagi Pinang.

Isnin, 25 Ogos 2008

Kursus Ketua Kampung

Sungai Pinang - Bakal ketua kampung Sungai Pinang Bandar yang baru Encik Hamdan Bin Hj. sedang menghadiri kursus di Ulu Langat sebagai persiapan memimpin Kampung Sungai Pinang.
Kursus yang beliau hadiri ini mengambil masa selama 2 hari bermula pada 25 hingga 27 Ogos 2008.

Editor mengucapkan tahniah kepada Encik Hamdan dan mendoakan agar beliau dapat memimpin Sungai Pinang dengan jayanya.

Khamis, 14 Ogos 2008

Majlis Tahlil Beramai-ramai Surau Hj. Abdulllah Fakeh

Khamis, 14 Ogos - Semalam telah berlangsung satu majlis tahlil arwah beramai-ramai anjuran Surau Haji Abdullah Fakeh. Majlis yag dihadiri lebih dari 200 jemaah adalah satu majlis yang boleh dikatan mendapat sambutan yang luar jangkaan kerana keadaan surau yang penuh dengan jemaah.

Majlis ini dikendalikan oleh Imam surau Uztaz Nazrudin Hashim juga telah dihadiri oleh 2 ketua kampung sekaligus yang mana ketua kampung dari kerajaan pusat encik Hassan Bin Juna dan juga ketua kampung dari kerajaan negeri encik Hamdan Bin Yusof.

Walaubagaimanapun editor memandang positif bahawa majlis ini juga dapat menyatupadukan masyarakat setempat.

Sambutan majlis tahlil peringkat masjid akan diadakan pada 20 ogos nanti.

Editor.