Ahad, 21 September 2008

Masalah curi motor.

Sungai Pinang, 21 Sep - Peguam yang dikenali ramai terutamanya di Klang, Encik Gerard Lazarus hari ini telah bersama-sama hadir bagi mesyuarat bersama ahli majlis Majlis Perbandaran Klang telah menyatakan dan menasihati orang ramai tentang gejala kumpulan mencuri motor dan pergaulan bebas remaja dibawah umur.

Beliau menyatakan sekarang ini jenayah mencuri motor telah berleluasa di sekitar Klang dan pihak polis sekarang telah menjalankan operasi besar-besaran. Kompaun yang di kenakan terhadap kesalahan jenayah ini akan didenda tidak kurang RM3000 dan penjara. Masalah ini timbul apabila keluarga remaja yang terbabit adalah tergolong dari kalangan yang kurang kemampuan untuk menyediakan denda.

Lagi satu masalah berkaitan pergaulan bebas dikalangan remaja bawah umur. Andaikata remaja yang tidak terbabit berkawan bersama remaja yang terbabit, apabila ditangkap, maka pihak pihak polis akan membabit sekali didalam satu kumpulan.

Beliau menasihati ibu bapa supaya dapat mengawasi tindak tanduk anak remaja kerana perkara ini akan menjadi serius jika kita tidak membendungnya.

Tiada ulasan: